BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 11, 2013

I LOVE YOU STUPID!

Assalamualaikum..

I LOVE YOU STUPID! karya yang saya rasa sangat bagus dan banyak membuka mata kita bahawa dalam dunia ni banyak perkara yang lebih penting dari cinta. Novel dari melur jelita ini menggambarkan masyarakat kemboja,dan dakwah islam di sana. Ditambah perisa dengan kisah yang mengharukan dari Iris,Ins, Ebrahim dan Firman.

WATAK UTAMA:

Iris.
The Diva's, seorang yang sangat cantik,tetapi nakal. Sering mengangap diri sebagai pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. 

Ketibaan beliau ke kemboja atas dasar satu misi yang tiada siapa tahu, namun sejak menyelusuri hidup disana banyak mengubah diri beliau mengenali apa makna cinta sebenar didalam islam,

Ins. Ebrahim.
Mr. Perfecto, Abang Pedas gelaran diberi.
Lelaki yang mengegarkan hati Iris namun satu peristiwa menjauh dia dari Iris.

Firman.
Mr. Bodyguard.
Seorang yang tegas dan bermulut berapi,sering menuturkan perkataan yang membunuh jiwa Iris.

Sejujurnya,novel ni banyak juga memberi motivasi bagiku,jalan cerita disampaikan dengan cara yang sempoi,melucukan namun inti yang cuba dikupas betul-betul membuka mata kita.


RATING
-  5  Bintang-



Wednesday, April 10, 2013

Assalamualaikum..


Memandangkan hobi saya adalah membaca novel , maka saya  akan wujudkan satu pages yang khas untuk review novel-novel yang telah saya baca dan miliki.. Sememangnya perempuan tidak boleh lepas dari dikaitkan dengan novel,tambahan pula apabila sekarang musim kegemilangan populariti novel semakin memuncak.

Page ini saya akan update berkenaan novel sahaja,diharapkan dengan info-info ini dapat membantu kalian semua bagi mendapatkan novel terbaik untuk dijadikan koleksi anda,







-Admin-
Tinta Merah